Ahad, 17 Mac 2013

Imam Mahadi - 11sept2001 yang palsu dan Kebangkitan Islam yang sebenar

11 tahun sudah berlalu namun kenangan peristiwa 11sept2001 dimana WTC New York USA telah runtuh akibat dirempuh kapalterbang yang dirancang rapi oleh AlQaeda masih segar diingatan yang menyebabkan korban jiwa yang ramai.Akibatnya Amerika telah menyerang Afghanistan yang menjadi markas besar AlQaeda disana.Osama Binladen telah diburu samada ditangkap hidup atau mati oleh pihak Amerika.Kempen antikeganasan dilancarkan secara besar-besaran.Perasaan islamofobia tersemai dikalangan orang kafir.Kemudian Iraq diserang kerana disyaki menyimpan senjata berbahaya yang boleh menggugat Amerika dan sekutu-sekutunya.Selepas itu beberapa siri keganasan berlaku diserata dunia.Gerakan antiislam dan bukan islam mulai aktif.Maruah ugama Islam telah tercemar.Ugama islam didakwa ugama yang menggalakkan peperangan.Banyak kemusnahan dan korban jiwa yang ramai.                      
          Demi mengembalikan maruah ugama islam yang suci yang telah tercemar dan demi keamanan dunia keseluruhannya maka pendedahan perkara sebenarnya perlu dilakukan supaya Kebangkitan Islam yang sebenar dapat direalisasikan.AlQaeda adalah satu pertubuhan antarabangsa dimana aktiviti kerohanian dilakukan dan ahlinya terdiri dari ahli-ahli rohani yang hebat-hebat.Mereka mendapat kasyaf atau firasat bahawa islam akan bangkit atau berkuasa didunia ini dan dapat menjatuhkan kuasa besar oleh seseorang pada 11sept2004.Membawa bersama-samanya bala jerebu dan ekonomi gawat(kejatuhan dagangan dunia) berlaku secara serentak dimana peristiwa bala ini ada disurah addukhan ayat 10 yang berbunyi' dan tunggulah apabila langit mengeluarkan asap'.AlQaeda tertanya-tanya siapakah orang itu?.Akhirnya mereka mencipta sendiri peristiwa yang berlaku didalam kasyaf atau firasat mereka.Mereka cuba mengatakan secara palsu bahawa Osama BinLaden adalah "seseorang itu" iaitu yang membangkitkan islam dan menjatuhkan kuasa besar pada11sept2004 yang bersamanya membawa bala jerebu dan ekonomi gawat serentak. Mereka memalsukan perkara sebenar yang berlaku dengan mengubah tarikh 11sept2004 menjadi 11sept2001 iaitu mereka mempercepatkan peristiwa sebenar yang akan berlaku supaya Alqaeda atau OsamaBinLaden adalah "seseorang itu" .Mereka memalsukan "seseorang itu"ialah OsamaBinLaden.Bala jerebu dan ekonomi gawat serentak yang ada pada surah addukhan ayat 10 dipalsukan dengan tafsir asap dari bom(lihat tafsir Prof Mahmud Yunus).Mereka memalsukan bala jerebu dan ekonomi gawat serentak dengan asap dari kapalterbang yang meletup akibat melanggar bangunan berkembar Pusat Dagangan Dunia.
              Peristiwa yang sebenar berlaku adalah "seseorang itu"yang dapat membangkitkan Islam dan menjatuhkan kuasa besar dunia pada 11sept2004 berada dilembah Klang Malaysia berketurunan Jawa yang lahir pada1970.Beliau membangkitkan Islam dengan bukti yang terdapat pada kalimah Allah iaitu Aliflamlamha.Kalimah Allah sebenarnya adalah simbol.Zaman dahulu belum ada lagi teknologi huruf.Manusia menggunakan simbol-simbol sebagai huruf.Kalimah Allah telah ada sebelum teknologi huruf ditemui maka apa sebenarnya makna simbol kalimah Allah(aliflamlamha) itu?beliau telah menemui bahawa alif adalah simbol tuhan yang satu dan lamlamha yang berbentuk gelombang adalah simbol hukum newton atau hukum graviti yang mana hukum graviti ini sangat familiar digunakan untuk membuat apa saja yang ada dialam ini seperti kereta,bangunan,elektrik,dan sebagainya termasuk senjata canggih kuasa besar amerika yang dapat menakluk dunia.Sekarang baru ditemui bahawa semua senjata amerika sebenarnya berasal dari simbol aliflamlamha.simbol kalimah allah yang digunakan untuk membuat senjata canggih mereka sehingga dapat menawan dunia .Orang kafir akan lihat betapa hebatnya kalimah aliflamlamha yang dapat menawan dunia maka secara tidak langsung islam atau kalimah allah yang digunakan untuk membuat senjata telah menjatuhkan kuasa besar dunia dan akhirnya mereka memeluk islam.malah apabila rakaat sembahyang dan waktu sembahyang yang diberi pada nabi semasa israk dilangit ketujuh dilukiskan diatas graf,akan terbentuk simbol lamlamha secara tepat dimana alam ghaib juga terdapat pada kalimah ini.(akan diperincikan kalimah allah nanti).                                                                                                                                                  
               Pada 11sept2004 beliau dikejutkan dari tidur supaya menyebar atau mengagungkan nama allah.lihat surah muzammil dan mudathir.bala jerebu dan ekonomi gawat yang berlaku serentak diasia pada 19.8.1997juga berpunca dari doa yang dipohon oleh beliau dan kedua-dua pihak supaya allah menurunkan bala keatas orang yang dimurkai oleh allah sebagai petunjuk siapakah yang bersalah samada masyarakat yang tidak menjalankan kewajiban memanusiakan penagih atau penagih yang tidak mendengar nasihat masyarakat.Kesimpulannya bala itu diturunkan keatas masyarakat yang tidak menjalankan kewajiban memanusiakan penagih yang dikatakan sampah masyarakat tetapi sbenarnya penagih itu adalah kategori anak yatim miskin yang wajib dibantu.Peristiwa inilah sebenarnya yang berlaku iaitu bala dan jerebu gawat yang berlaku SERENTAK yang melanda Malaysia,indonesia,Singapura dan asia tetapi telah dimanipulasi oleh AlQaeda.